Sunday, 6 November 2011

RAYA AIDILADHA

Umat Islam seluruh dunia menyambut kejayaan musim haji dengan merayakan Aidiladha.  Elok juga jatuh pada hari Ahad.  Panjang la sikit cuti hujung minggu ni.

Sempena hari mulia ini saya juga ingin merakan ucapan raya.  Terutamanya bagi yang telah sudi singgah, serta semua saudara-mara dan kawan-rakan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Semoga kita diberkati jua.  Amin.

Sunday, 9 October 2011

KUEH TAKO & APOM

Ini kueh yang sedap dan Nor suka.  Ini adalah hidangan yang dijamukan kepada kami sekeluarga semasa pergi berziarah saudara sebelah ibu yang sedang sakit tua semalam.

Kueh Tako
Apom beras

Bila tanya resipi, mereka kata mereka hanya beli.  Mereka juga tidak pandai membuat kueh-kueh ini.

Jika ada sesiapa yang ada resipi dan sudi berkongsi, harap boleh kongsi dan tinggal jejak ya.  Terima kasih banyak.

Friday, 16 September 2011

HARI UNTUK WARGA MALAYSIA

Hari ini kita menyambut penubuhan Malaysia secara resminya.  Inilah baru sebenarnya acara untuk kita warga Malaysia raikan.
SELAMAT
HARI MALAYSIA

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Umat Islam dikebanyakan negara menyambut kejayaan Ramadhan hari ini.  Sempena hari mulia ini saya juga ingin merakan ucapan raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Semoga ini benar-benar merupakan perayaan kerana kejayaan kita di bulan Ramadhan dan kita diberkati. Amin.

Monday, 8 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Kita sedang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak.  Di bulan penuh barakah ini, semua ibadah menjanjikan pahala yang berganda. Tinggal untuk kita manafaatkan engan sebaik-baiknya saja.
 
Marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatan amalan. Semoga kita diberkati sepenuhnya. Amin.
 
SELAMAT BERPUASA

Monday, 18 July 2011

DI MANA MURTABAK SEDAP?

Ayah dan mak cakap mereka kempunan nak makan murtabak sedap macam dulu-dulu tu.  Sekarang memang susah nak dapat yang sedap.

Selalunya tunggu sampai bulan puasa la kot ada yang buat rasa original sikit.  Tapi kena puas pusing cari dulu.

Memang tahu ada raja murtabak tu.  Tapi ayah  dan mak kata itu sudah dikompromi rasanya!

Di mana nak cari lagi.  Kalau di Campbell Street, Penang tu pun sudah tak seratus peratus macam dulu.  Cuma rasanya masih maintain juga.

Tuesday, 5 July 2011

PASAL MRT PULA

Sana sini orang asyik bercerita pasal MRT yang akan dibina.  Ini akan menyambungkan beberapa pusat bandar.

Apa yang menjadi masaalah orang ramai ialah stesyen-stesyen perhentian yang akan melalui beberapa kawasan perumahan.  Ada yang dibina hampir di depan pintu beberapa rumah.

Semalam katanya, akhirnya dibeberapa kawasan lokasi stesyen dipindah ke tempat yang lebih sesuai.  Pihak berkenaan berjanji akan cuba elakkan pembinaan di depan rumah penduduk.  Jika benar, tentulah lebih baik.

Wednesday, 22 June 2011

BILA TAK ADA AIR

Benar juga kata orang, tak ada api sekadar bergelap dan rasa panas tak ada kipas atau aircon.  Kita masih boleh tahan juga.

Tapi bila tak ada air, mengaelabah dibuatnya.  Kalau sekejap tak apa.  Ini sampai dua hari.  Macam mana?

Satu hari ni pun dah tak tentu arah dibuatnya.  Walaupun mereka beri notis, kita hanya boleh simpan air dalam bekas yang terhad juga. 

Bila ramai orang, dan sakit perut pula, kan kecuh.  Aduh!  Teruk betul!

Tuesday, 7 June 2011

JOIN THE CRAZE

Apparently its a craze.  So many people talking.  They say if I dont want to left out, just join.

So here I am.  I just decided to join the craze too.